- 注册时间
- 2008-3-2
- 最后登录
- 2012-1-19
- 在线时间
- 1474 小时
- UID
- 8111
- 阅读权限
- 90
- 精华
- 0
- 积分
- 4461
- 帖子
- 5604
- 学币
- 9089
- 学分
- 3340
- 帖子
- 5604
- 学币
- 9089
- 学分
- 3340
- 贡献
- 0
- 贝壳
- 0
- 文采
- 0
|
Pesta Pongal Masyarakat Hindu
Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal.Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.
Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.
Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan.
Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.Pada hari pertama, ia dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik.
Hari kedua semasa Pongal ialah hari 'Surya'. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.Hari ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia.
Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.
Regatta Lepa Semporna
Masyarakat Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan Regatta Lepa ini.’Lepa’ dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot.Ia biasanya diperbuat dari kayu seraya, dan menjadi simbol kaum Bajau sejak lama dahulu.Lepa ini banyak terdapat di masyarakat nelayan yang tinggal di Pulau Bum.
Di masa sambutan Regatta ini, Semporna menjadi meriah kerana perahu dan bot yang berwarna warni akan bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Lepa tercantik.Lepa tercantik ini dihakimi berdasarkan dari corak, tarian yang dipersembahkan di atasnya,’ sambulayang ‘( layar) dan tapis-tapis ( bendera ).
Tarikan lain di Pesta Regatta ini ialah seperti acara sukan air seperti pertandingan mendayung, berlayar, dan ‘keleh-keleh’ iaitu bot mini.bagi yang tidak berkemahiran menyertai sukan air boleh bermain perang-perang, lumba berenang, atau pertandingan menangkap itik.Persembahan kesenian pada malamnya adalah penutup kepada Regatta Lepa Semporna ini. |
|