- 注册时间
- 2008-8-19
- 最后登录
- 2013-6-23
- 在线时间
- 90 小时
- UID
- 13967
- 阅读权限
- 25
- 精华
- 0
- 积分
- 340
- 帖子
- 301
- 学币
- 376
- 学分
- 280
- 帖子
- 301
- 学币
- 376
- 学分
- 280
- 贡献
- 0
- 贝壳
- 0
- 文采
- 0
|
PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON
1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Antara Kolej-Kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA.
1.2 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka Undang-undang Persekutuan Badminton Antarabangsa dan Persatuan Badminton Malaysia hendaklah diikuti.
2.0 PENDAFTARAN PEMAIN
2.1 Perkara 5.0 dalam Peraturan Am di rujuk.
2.2 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 9 orang untuk pasukan lelaki dan 7 orang bagi pasukan wanita.
2.3 Seorang pemain hanya di benarkan bermain dalam satu acara sahaja.
2.4 Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran tidak dibenarkan mengambil bahagian.
3.0 FORMAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan badminton berpasukan:
Untuk lelaki - 3 perseorangan 2 beregu.
Untuk wanita - 1 perseorangan 2 beregu.
3.2 Susunan Perlawanan:
3.6.1. Lelaki
i) Perseorangan Pertama
ii) Bergu Pertama
iii) Perseorangan Kedua
iv) Bergu Kedua
v) Perseorangan Ketiga
3.6.2 Wanita
i) Perseorangan Pertama
ii) Bergu Pertama.
iii) Bergu Kedua
4.0 CARA MEMUTUSKAN PEMENANG
4.1 Mengikut undang-undang Badminton Antarabangsa.
4.2 Secara Liga
4.2.1 Cara memberi mata : Menang - 2 mata
Kalah - 0 mata
4.2.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-
4.2.2.1 Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak dikira menang (game difference)
4.2.2.2 Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak dikira menang (set difference)
4.2.2.3 Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan mata yang terbanyak dikira menang (point difference)
4.2.2.4 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang
4.2.2.5 Jika tiga atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat jumlah mata permainan terbanyak dikira menang
5.0 PENGADIL
5.1. Pemain-pemain daripada kedua-dua pasukan berkenaan diminta menyediakan 2 hakim garisan sementara pengadil akan disediakan oleh penganjur.
5.2. Jika berlaku sebarang pertelingkahan pasukan-pasukan yang terlibat dikehendaki merujuk kepada Pengadil Kehormat dan keputusan beliau di atas perkara berkaitan dengan Undang-undang Badminton dan lain-lain hal adalah muktamad.
6.0 KELEWATAN
6.1 Semua pemain hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat setelah namanya diumumkan untuk bermain.
6.2 Masa selama 5 minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 21-0 & 21-0.
6.3 Semua bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
7.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
7.1 Pertandingan ini tidak boleh ditangguhkan atas permintaan mana-mana pasukan.
7.2 Jika sesuatu pertandingan tidak dapat dijalankan atau tergendala separuh jalan oleh kerana gangguan bekalan elektrik atau sebagainya maka sesuatu keputusan pertandingan yang diberhentikan akan disambung semula dengan kedudukan mata yang ditangguhkan itu.
8.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Antara Kolej-Kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. |
|